DiLea Webinar Motivasi Edisi Ke 2 – Hala Tuju Selepas SPM
4 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 3 Mei 2025, satu Webinar Motivasi Pelajar Edisi Ke-2: Hala Tuju Selepas SPM telah diadakan secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pilihan dan laluan yang tersedia selepas tamat SPM, termasuk pendidikan tinggi, latihan kemahiran, serta peluang kerjaya.
Webinar ini berjaya menarik penyertaan pelajar dari pelbagai latar belakang dan turut menampilkan penceramah berpengalaman yang berkongsi panduan serta motivasi untuk membuat keputusan tepat mengenai masa depan. Inisiatif ini diharap dapat membantu pelajar merancang hala tuju mereka dengan lebih jelas dan yakin.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: